Aku lambat

Coretan Zonan

Hari tu best betul bagi aku. Tak sangka pelawaan aku untuk membawa si Autunm ni berjaya. Aku bawa dia pusing satu bandar. Walaupun aku mengantuk tapi bila tengok muka dia segar, aku pun jadi segar.

Dia banyak cerita kisah hidup dia. Katanya dia memang anak yatim. Abangnya yang menjaga keluarga. Aku pun sayu bila dengar.

Aku macam biasa la depan perempuan mesti sentiasa pandai. Aku beritahu dia yang aku ni pandai berbahasa inggeris. Tiba-tiba ada pula mat salleh jalan depan aku.

"Zonan, sekarang pukul berapa? Autunm tanya aku.

"Entah, aku pun tak tahu."sebab aku tak bawa jam.

"Kau tanyalah orang putih tu."Autunm test aku.

"Segan la,"padahal takut.

Autunm senyum je, dia tau yang aku tak padai cakap inggeris.

Malam ni aku malaslah nak pergi kerja. Aku nak rest. Boleh lepak dengan budak. Kerja aku sekarang ni memang menghalang aku untuk jumpa kawan-kawan.

Ring!Ring...!

Siapa pula call aku ni.

"Hello, Zonan. Autunm ni. Kau tak kerja ke hari ni?" Auntunm call ?

"Eh, kerja la. Aku lambat sikit. Kejap lagi aku sampai." Hilang niat aku nak ponteng. Kalau Nana yang call memang aku tak datang.

Semakin hari semakin seronok bersama Autunm...

Mahu tapi malu

coretan autunm

Sekarang ni aku kerja dah sama time dengan perempuan kelab malam. Tapi aku bukanlah kerja macam tu. Cuma masa saja yang sama. Masuk pukul 12 tengah malam, balik pukul 8 pagi. Tapi aku seronok kerja kat restoran ni.

Maybe pasal Zonan...

Aku dah semakin rapat dengan dia. Baru-baru ni aku nampak dia macam putus cinta. Dia pernah cakap, gadis jahanam tu budak Terengganu. Pernah juga aku nampak budak perempuan tu datang kat kedai ni. Boleh tahan la..

Lately Zonan asyik memekak sambil melontarkan suara yang mungkin dia rasa sedap. Masuk saja pukul 3 pagi mesti nyanyi. Kelakar pun ada aku tengok. Nak kata happy, tapi baru putus cinta.

Tadi Zonan ada tanya..

"Autunm, kalau aku ajak kau tengok wayang nak tak?" Terkejut juga aku bila dia tanya macam tu.

"Ha? Taknaklah." Jawabku spontan.

"La..nape taknak lak? Aku belanja kau."Zonan memang tak pernah putus asa.

"Aku tak pernah tengok wayang dari dulu lagi."Ni jawaban yang aku bagi kat dia.

"Kalau kau tak nak kita jalan-jalan kat town nak. Banyak tempat aku boleh bawa kau. Kan kau yang cakap tak pernah jalan-jalan kat sini."Okey juga pelawaan Zonan kali ni.

"Boleh, tapi aku kena tanya Pak Lang aku dulu. Tapi kau jangan ber harap sangat. Biasanya dia tak bagi." memang aku nak pergi.

10 pagi.

Aku tunggu Zonan dekat tempat kerja kami...

Regu Harapan

Coretan Zonan

"Zonan, malam ni ko datang awal sikit boleh tak? Gully hari ni tak dapat datang," arahan yang paling aku tak gemar untuk aku dengari.

"Apahal pula si Gully tak datang, tetibe je nak ponteng,"aku cuba mengelak.

"Ala dia sakit la. Katanya demam,"ulasan Nana.

"Ai pagi tadi aku tengok ok aje budak ni, habis tu sapa partner aku nak buat air ni? Kau ke?"aku tanya Nana dengan agak serius.

"Aku takde malam ni. Aku pergi kat outlet lain. Ganti manager sana jap. Kau cari je sape-sape yang kau rase boleh", Nana ni macam nak kenakan aku ni.

Letih aku fikir, siapa yang boleh teman aku. Budak-budak ni bukannya pandai buat air. Boleh mati aku malam ni kalau jaga sendiri. Harap-harap tak ramai.

Tiba-tiba aku ternampak Autunm yang tengah lenggang lengguk lap meja. Ha! my best kuli.
Tapi boleh ke dia buat air. Air dia buat pun kureng. Tapi dia ni apa aku suruh mesti buat. Ah! suruh dialah jadi partner aku. Untung-untung boleh aku ayat minah ni.

"Autunm!"jeritku yang agak pelahan.

"Malam ni kau buat overtime boleh? Staff kurang lah. Kau masuk pukul lapan."

"Ha? Ala...malam ni tak boleh la. Aku nak keluar dengan family Paklang aku."jawab autunm

"Oh, ye ke? Em..takpelah. Aku saja tanya, mana tahu kau boleh datang. Tapi kalau kau boleh datang, datang la,"ayatku seolah memujuk.

"Kau tak marah ke?" tetiba Autunm tanya.

"Tak la,"jawabku.

6.00 pm

Tepat pukul 6 aku dah masuk kerja. Masa macam ni memang tak ramai.

7.50 pm

Alamak ramai la pula hari ni. Mana la datang manusia ramai-ramai ni. Diorang tak tahu nak makan kat rumah ke. Kelam kabut aku di buatnya. Kalau Autunm ada kan bagus. Semangat sikit aku buat kerja.

Tiba-tiba....

"Zonan..boleh aku tolong kau?

Lah..Autunm rupanya..

Autunm?