coretan autunm
Sekarang ni aku kerja dah sama time dengan perempuan kelab malam. Tapi aku bukanlah kerja macam tu. Cuma masa saja yang sama. Masuk pukul 12 tengah malam, balik pukul 8 pagi. Tapi aku seronok kerja kat restoran ni.
Maybe pasal Zonan...
Aku dah semakin rapat dengan dia. Baru-baru ni aku nampak dia macam putus cinta. Dia pernah cakap, gadis jahanam tu budak Terengganu. Pernah juga aku nampak budak perempuan tu datang kat kedai ni. Boleh tahan la..
Lately Zonan asyik memekak sambil melontarkan suara yang mungkin dia rasa sedap. Masuk saja pukul 3 pagi mesti nyanyi. Kelakar pun ada aku tengok. Nak kata happy, tapi baru putus cinta.
Tadi Zonan ada tanya..
"Autunm, kalau aku ajak kau tengok wayang nak tak?" Terkejut juga aku bila dia tanya macam tu.
"Ha? Taknaklah." Jawabku spontan.
"La..nape taknak lak? Aku belanja kau."Zonan memang tak pernah putus asa.
"Aku tak pernah tengok wayang dari dulu lagi."Ni jawaban yang aku bagi kat dia.
"Kalau kau tak nak kita jalan-jalan kat town nak. Banyak tempat aku boleh bawa kau. Kan kau yang cakap tak pernah jalan-jalan kat sini."Okey juga pelawaan Zonan kali ni.
"Boleh, tapi aku kena tanya Pak Lang aku dulu. Tapi kau jangan ber harap sangat. Biasanya dia tak bagi." memang aku nak pergi.
10 pagi.
Aku tunggu Zonan dekat tempat kerja kami...
Mahu tapi malu
Posted by 2nd head prefect at 8/23/2007 07:25:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment