Coretan Zonan
Hari tu best betul bagi aku. Tak sangka pelawaan aku untuk membawa si Autunm ni berjaya. Aku bawa dia pusing satu bandar. Walaupun aku mengantuk tapi bila tengok muka dia segar, aku pun jadi segar.
Dia banyak cerita kisah hidup dia. Katanya dia memang anak yatim. Abangnya yang menjaga keluarga. Aku pun sayu bila dengar.
Aku macam biasa la depan perempuan mesti sentiasa pandai. Aku beritahu dia yang aku ni pandai berbahasa inggeris. Tiba-tiba ada pula mat salleh jalan depan aku.
"Zonan, sekarang pukul berapa? Autunm tanya aku.
"Entah, aku pun tak tahu."sebab aku tak bawa jam.
"Kau tanyalah orang putih tu."Autunm test aku.
"Segan la,"padahal takut.
Autunm senyum je, dia tau yang aku tak padai cakap inggeris.
Malam ni aku malaslah nak pergi kerja. Aku nak rest. Boleh lepak dengan budak. Kerja aku sekarang ni memang menghalang aku untuk jumpa kawan-kawan.
Ring!Ring...!
Siapa pula call aku ni.
"Hello, Zonan. Autunm ni. Kau tak kerja ke hari ni?" Auntunm call ?
"Eh, kerja la. Aku lambat sikit. Kejap lagi aku sampai." Hilang niat aku nak ponteng. Kalau Nana yang call memang aku tak datang.
Semakin hari semakin seronok bersama Autunm...
Aku lambat
Posted by 2nd head prefect at 8/26/2007 06:01:00 AM 0 comments
Mahu tapi malu
coretan autunm
Sekarang ni aku kerja dah sama time dengan perempuan kelab malam. Tapi aku bukanlah kerja macam tu. Cuma masa saja yang sama. Masuk pukul 12 tengah malam, balik pukul 8 pagi. Tapi aku seronok kerja kat restoran ni.
Maybe pasal Zonan...
Aku dah semakin rapat dengan dia. Baru-baru ni aku nampak dia macam putus cinta. Dia pernah cakap, gadis jahanam tu budak Terengganu. Pernah juga aku nampak budak perempuan tu datang kat kedai ni. Boleh tahan la..
Lately Zonan asyik memekak sambil melontarkan suara yang mungkin dia rasa sedap. Masuk saja pukul 3 pagi mesti nyanyi. Kelakar pun ada aku tengok. Nak kata happy, tapi baru putus cinta.
Tadi Zonan ada tanya..
"Autunm, kalau aku ajak kau tengok wayang nak tak?" Terkejut juga aku bila dia tanya macam tu.
"Ha? Taknaklah." Jawabku spontan.
"La..nape taknak lak? Aku belanja kau."Zonan memang tak pernah putus asa.
"Aku tak pernah tengok wayang dari dulu lagi."Ni jawaban yang aku bagi kat dia.
"Kalau kau tak nak kita jalan-jalan kat town nak. Banyak tempat aku boleh bawa kau. Kan kau yang cakap tak pernah jalan-jalan kat sini."Okey juga pelawaan Zonan kali ni.
"Boleh, tapi aku kena tanya Pak Lang aku dulu. Tapi kau jangan ber harap sangat. Biasanya dia tak bagi." memang aku nak pergi.
10 pagi.
Aku tunggu Zonan dekat tempat kerja kami...
Posted by 2nd head prefect at 8/23/2007 07:25:00 PM 0 comments
Regu Harapan
Coretan Zonan
"Zonan, malam ni ko datang awal sikit boleh tak? Gully hari ni tak dapat datang," arahan yang paling aku tak gemar untuk aku dengari.
"Apahal pula si Gully tak datang, tetibe je nak ponteng,"aku cuba mengelak.
"Ala dia sakit la. Katanya demam,"ulasan Nana.
"Ai pagi tadi aku tengok ok aje budak ni, habis tu sapa partner aku nak buat air ni? Kau ke?"aku tanya Nana dengan agak serius.
"Aku takde malam ni. Aku pergi kat outlet lain. Ganti manager sana jap. Kau cari je sape-sape yang kau rase boleh", Nana ni macam nak kenakan aku ni.
Letih aku fikir, siapa yang boleh teman aku. Budak-budak ni bukannya pandai buat air. Boleh mati aku malam ni kalau jaga sendiri. Harap-harap tak ramai.
Tiba-tiba aku ternampak Autunm yang tengah lenggang lengguk lap meja. Ha! my best kuli.
Tapi boleh ke dia buat air. Air dia buat pun kureng. Tapi dia ni apa aku suruh mesti buat. Ah! suruh dialah jadi partner aku. Untung-untung boleh aku ayat minah ni.
"Autunm!"jeritku yang agak pelahan.
"Malam ni kau buat overtime boleh? Staff kurang lah. Kau masuk pukul lapan."
"Ha? Ala...malam ni tak boleh la. Aku nak keluar dengan family Paklang aku."jawab autunm
"Oh, ye ke? Em..takpelah. Aku saja tanya, mana tahu kau boleh datang. Tapi kalau kau boleh datang, datang la,"ayatku seolah memujuk.
"Kau tak marah ke?" tetiba Autunm tanya.
"Tak la,"jawabku.
6.00 pm
Tepat pukul 6 aku dah masuk kerja. Masa macam ni memang tak ramai.
7.50 pm
Alamak ramai la pula hari ni. Mana la datang manusia ramai-ramai ni. Diorang tak tahu nak makan kat rumah ke. Kelam kabut aku di buatnya. Kalau Autunm ada kan bagus. Semangat sikit aku buat kerja.
Tiba-tiba....
"Zonan..boleh aku tolong kau?
Lah..Autunm rupanya..
Autunm?
Posted by 2nd head prefect at 8/21/2007 12:35:00 AM 0 comments
kerja baru
coretan Autunm
Dah tiga hari aku kerja kat sini. Mula-mula memang susah. Biasalah kerja baru. Aku dapat kerja ni pun sebab Pak Lang aku. Di sini aku jadi cashier. Sebab aku tak pandai buat air. Tapi aku rasa kebanyakkan kerja aku kena buat. Cuma buat air saja yang tidak.
Staff kat sini semuanya ok. Manager pun baik.
Cuma..Zonan. Supervisor aku.
Dia ni macam sombong saja dengan aku. Tapi aku rasa dia kadang-kadang baik. Selalu tolong aku kalau ramai customer datang kat counter.
Aku rasa macam sesuatu bila kerja dengan dia. Tapi mungkin perasaan aku saja. Setiap hari aku kena basuh cawan. Tapi dia mesti sibuk nak tolong aku.
"Kau ni lambat la basuh cawan Autunm, macam ni sampai esok pun tak boleh habis."Zonan tegur aku. Tapi aku tengok macam awal lagi.
Pagi tadi dia buatkan aku air. Segelas neslo ais ...
Sadap. Mungkin sebab dia pandai buat air. Air dia nescafe terapung.
Zonan ni sebaya dengan aku. Tapi bila aku tanya umur dia, mesti dia nak tipu aku. Apa motifnya aku pun tak tahu. Aku rindu kampung halaman. Mak, adik-adik, kawan..
Posted by 2nd head prefect at 8/17/2007 07:48:00 PM 0 comments
1st day with my new staff
coretan Zonan
Ramainya beratur kat counter cashier aku tengok. Pelanggan masing-masing dah temper. Tapi ada yang sanggup tunggu.Mungkin cashier tu cun kot. Siapa?
La..rupanya Autunm yang kena jaga counter hari ni. Aku tengok terkial-kial dia nak tekan mesin petty cash. Hari ni aku tak payah buat air. Tea maker dah cukup. Aku pun datang la kat counter. Niat hati nak sound la si Autunm ni.Tengok muka dia yang ayu ni tengah cuak terus tak jadi.
"Autunm, meh biar aku yang key in harga. Kau cuma ambil duit dengan bagi bil kat aku." Kata ku sambil dengan nada serius.
"Zonan, sorry ek. Aku tak hafal lagi cara nak key in harga." Autunm rayu pada ku.
Dalam 10 minit lepas tu semuanya selesai. Kelakar juga aku tengok muka Autunm tengah cuak masa dikerumuni mahkluk-mahkluk yang nak bayar tadi. Berpeluh sejuk dingin kot.
"Zonan, kau ajar aku boleh tak. Nana tadi ajar aku tak faham la.Cepat sangat."Autunm minta aku ajar guna petty cash.
"Boleh, tapi nanti time dah tak ramai kau tolong staff aku basuh kat dapur."Saja aku suruh dia basuh. Nasib kau Autunm, biasanya aku basuh pinggan kat dapur tu akan merangkap hingga basuh dapur. Banyak gila kerja kat situ.
"Takpe, nanti aku tolong kau." Autunm ni bagus, apa aku suruh dia buat.
Pagi tu dia suruh basuh jamban sekali. Muka dia yang cun tu nampak lagi tension.Pagi akurasa relax gila. Kerja aku banyak dia selesaikan, aku pun bancuh nescafe terapung sambil lepak tengok tv.Sampai terlelap aku.
Tiba-tiba, dia datang kat aku. "Zonan, bilik solat kat mana? Nak solat subuh kejap."soalan yang aku tak pernah dengar dari seorang staff.
"Aaa..(aisey ape nak jawab ni. aku pun tak solat)", jenuh aku nak jawab. Dia siap dah pegang telekung tu.
"Biasa aku pergi surau belakang. Jauh juga nak jalan kaki."jawaban untuk mengelak.
Posted by 2nd head prefect at 8/16/2007 08:32:00 PM 0 comments
Memory
coretan Zonan
Hari ini kerja macam biasa. Aku kena buat air untuk pelanggan-pelanggan aku.
Milo kosong , bali suam, teh peng.Buat saja, bisik hatiku. Sememangnya kerja sebagai pembancuh air yang terhormat ni selalunya di serahkan pada aku. Walaupun aku dah jadi supervisor di restoran ni, kadang-kadang bila staff tuang, akulah yang kena ganti.
Dalam restoran yang agak exclusive ni memang banyak la pelanggan-pelanggan yang 'hot-chick'. Tapi tak ramai yang aku tengok 'ayu design'. Semuanya macam baru balik clubbing. Sekali sekala nak juga tengok awek yang sopan santun. Mungkin bandar yang aku kerja ni terlalu maju.
"Ai Zonan, apa yang kau tengok-tengok ? sibuk pula manager aku, Manager aku ni namanya Nana. Nama macam perempuan. Tapi jantan loo..
"Tu..saja aku usha awek yang 'hot'. Mana tahu dapat aku usha satu."
"Eh kelmarin bukan kau dah dapat sekor ayam ka?" Aik, kantoi pula dengan si Nana ni.
"Yang tu?"
"Yang tu dah setel dah aku bagi. Satu malam aku pakai."
Tiba-tiba aku ternampak seorang gadis ayu yang sopan and santun pergi ke arah Nana. Gadis tu dengan seorang lelaki yang agak berumur. Pakciknya la tu.
Orang tua tu agak rapat dengan Nana. Mungkin ni budak yang nak temuduga seperti kata Nana pada aku. Nana bawa gadis tu dan juga Pakciknya ke ofis. Sah la , budak ni.
30 minit kemudan awek tu keluar. Senyum saja aku tengok. Boleh gegar juga hati aku. Tapi biasala, ini Zonan, maintain cool.
"Dapat tak?" Aku tanya kat gadis tu.
"Dapat." Jawabnya perlahan.
Tiba-tiba Nana keluar. "Ok, Zonan, ini staff baru kita. Si Nana announce kat aku.
Aku salam dia,"hi,Zonan."
"Hi, saya Autum."
Posted by 2nd head prefect at 8/15/2007 08:31:00 PM 0 comments
